Wednesday, November 2, 2011

Bukit Antarabangsa dan Gunung Nuang

Ketika sedang leka melepak di kedai mamak area Wangsa Maju, aku tanpa sengaja terfikir tentang Bukit Antarabangsa yang selalu bermain di mulut para teksi di Kuala Lumpur, Dengar ceritanya, kalau penumpang meminta pemandu teksi hantar ke Bukit Antarabangsa lebih daripada pukul 12 tengah malam, pemandu tidak mahu menerima penumpang itu atas alasan "tak nak lah dik...kang x pasal2 ada penumpang lain pulak masa abang nak patah balik nanti". Jadi aku pun "weihh...jom kita try pergi Bukit Antarabangsa...aku dengar cerita bla bla bla bla" sambil minum teh tarik, kitorang pon balik rumah sewa kejap yang terletak di Taman Permata, Kami bertolak pada pukul 1.30 pagi seramai 8 orang 4 bijik motosikal, kami ikut jalan MRR2 sebab belakang rumah je, sampai je selekoh nak masuk ke Bukit tersebut.......terpampang jalan naik ke atas yang tak seberapa panjang dan sunyi dan terussss kami masuk, aku sebenarnya tak tahu mana lokasi yang dikatakan selalu perempuan cantik tahan teksi, kami terus sahaja sampai lah terjumpa deretan rumah banglo terbengkalai. Aku ajak mereka masuk dan sebaik sahaja turun moto, aku macam ternampak ada satu cahaya di bahagian bawah (rumah tepi bukit), jadi aku pun terus memekriksa tetapi cahaya tu dah hilang, mungkin laaa kereta dekat bawah kot.

 aku yang pakai helmet tu


sory lah sebab gambar tak seberapa, yelah iphone je pun, next time aku nak try pinjam camera abang aku. Masa geledah dalam rumah ni, tak ada apa2 pun sebab dalam bersih sedikit dan ruang pon agak kecil sebab tangga ke tingkat atas tak ada dan ada tangga ke tingkat bawah, malas nak turun sebab ramai yang tak nak.

"kecewa betol la...tak ada apa2 yang menarik" bleter si Qamaruz

tanpa berlengah masa, kami teruskan pengembaraan ke hutan Lipur Ampang yang berhampiran.......
kecewa jugak sebab tak seram lansung, jadi kami teruskan naik ke bukit Ampang iaitu tempat yang popular ramaja-ramaja  melepak sambil melihat permandangan indah Kuala Lumpur. Kami naik sampai ke atas dan terus ke lokasi seterusnya iaitu Gunung Nuang.



Aku sebenarnya nak ke tempat rekriasi Gunung Nuang yang telah disiasat oleh Kru 666, tapi tak tahu jalan jadi kami teruskan sahaja sehingga terjumpa kolam air panas. Kami singgah sambil rendam kaki dalam air panas kejap, yelah sejuk sangat sebab kiri kanan hutan je, mestilah sejuk.


Lepas tu kami teruskan perjalanan dan secara tiba-tiba kami semua macam terdiam sebab masa tengah leka bawak moto, dari jauhhhh nampak ada macam satu pondok kelihatan dan dikelilingi oleh kubur-kubur Islam........rupa-rupanya pedalaman macam ni ada kubur, memang terletak jauh dari kawasan penduduk, tapi kami hanya sekadar lalu dan sambil memberi salam "Asalamualaikum wahai ahli-ahli kubur" dan tidak lupa juga sedekah kan al-Fatihah.

Lepas sahaja daripada kubur, laluan kenderaan semakin sempit ibarat hanya satu laluan untuk kereta sahaja dan kiri kanan adalah hutan tebal. Apa yang aku fikir adalah kalau ada binatang buas seperti harimau,babi hutan dan apa2 sahaja.....apa akan terjadi, tak pula aku fikir pasal hantu sebab niat kami hanya nak mencari hantu, jadi kami terus sahaja perjalanan dan akhirnya kami ternampak ada cahaya dan bangunan macam milik Tenaga Nasional jer.

"tak nak try tanya pak guard tu ke kalau2 ada pernah kena kacau or nak tanya tempat misteri"

semuanya diam dan terus berpatah balik sampai ke tanah perkuburan yang kami lalui tadi dan berhenti di bawah pokok buluh sebab selalunya benda2 halus ni ada pada pokok buluh.





Sory lah sebab gambar tak best lansung, memang tak best, kalau nak kutuk....kutuk lah, sebab masa ni tak bersedia lansung, gambar kubur pun tak berapa nampak jadi malas lah nak upload. Nanti lah aku pinjam camera abang aku tu




nantikan blog yang sterusnya "Rumah yang dikatakan milik Mona Fandey, Banglo Usang disebelah Highland Towers dan Jirat Cina Sungai Besi"

semua tajuk yang akan datang ni dah pergi tapi tuan punya iphone ni tak bagi lagi gambarnya...


Sekarang 2/11/2011...khamis nie kami bercadang nak pergi ke bukit tunku iaitu Rumah yang dikatakan milik Botak Chin...InsyaAllah...
niat kami hanya nak merasai suasana seram, bukannya nak memburu hantu dan kami tak ada ilmu yang cukup dan aku tahu segala semua risiko kalau kena rasuk, benda ni ikut balik, bermimpi akan bertemu di tempat kejadian dan segala-galanya...tapi Ustaz cakap, benda ni boleh baca niat kita, benda ni akan kacau kalau niat kita hanya nak membuat kacau di tempatnya atau nak merosakkan tempatnya, dan benda ni jugak akan kacau orang yang berniat mencabar dirinya muncul (kawan aku dah kena).........

jadi apa2 pon aku dah tahu apa risiko....
kawan2 aku banyak dah nasihat supaya jangan pergi...tapi ini adalah salah satu hobi aku, maaf lah kawan kalau aku tak makan nasihat dan aku akan cuba mengelak daripada terjadi benda yang tidak diingini, dan aku juga bukannya berani, memang aku penakut, kalau ternampak dari jauh aku akan lari...serius!!!

1 comment:

  1. http://beritamurnivip99.blogspot.com/2017/11/5-jenis-makanan-ini-bantu-melegakan.html
    http://beritamurnivip99.blogspot.com/2017/11/kenali-4-tanda-tanda-pada-wajah-orang.html
    http://beritamurnivip99.blogspot.com/2017/11/bom-bunuh-diri-meledak-di-masjid.html
    http://beritamurnivip99.blogspot.com/2017/11/gunung-agung-meletus-29-ribu-jiwa.html
    Tunggu Apa Lagi Guyss..
    Let's Join With Us At Dominovip.com ^^
    Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami :
    - BBM : D8809B07 / 2B8EC0D2
    - Skype : Vip_Domino
    - WHATSAPP : +62813-2938-6562
    - LINE : DOMINO1945.COM
    - No Hp : +855-8173-4523

    ReplyDelete