Thursday, November 3, 2011

Rumah Yang Dikatakan Milik Mona Fandey

Seperti yang aku janjikan nak tunjuk yang kami semua dah pergi ke rumah yang dikatakan milik Mona Fandey ni....hah...ni hah....


Sebenarnya aku sendiri pon konpius, adakah betul sama ada rumah banglo besar yang rupa seperti ditinggalkan atau terbengkalai ini milik Mona Fandey ke atau milik seorang jutawan yang "ketegaq" nak jugak buat rumah di atas tanah yang orang dah pesan banyak kali bahawa "tanah itu berpenunggu".
Yang aku dengar jutawan "ketegaq" ni dah berpindah ke Australia atas sebab rumah ni tak boleh pakai, sebabnya ketika dalam pembinaan, pekerja kontrak dah ukur siap saiz cermin untuk dipasang kat rumah tu, tetapi malangnya bila dah siap tempah dan bila bawak je, cermin tu macam kadang2 ada terlebih besar or terlebih kicix.........dan ada juga terbaca kata rumah tu asal terbakar, tapi bila tengok takde pon kesan terbakar, pastu anak owner rumah ni mati kat buaian dan pembantu rumah mati kat dapur.......entoh ler

apa2 pon...Wallahualam.........................

Jadi untuk merasai suasana seram seperti tujuan utama kami, kami se geng geng terus menuju ke rumah tersebut pada pukul 2.30am dan sampai agak dalam 3.15am (Wangsa Maju-Shah Alam)

45 minit je perjalanan, yelah sebab jalan sunyi dan sejuk hingga menusuk ke tulang rusuk wow~
Sebenarnya aku la tukang mencari rumah-rumah seram ni sebab semua ni aku punya plan, yang lain tu nak join je. Masa kami nak sampai ke selekoh masuk kat syeksen 12 di mana terletaknya rumah tersebut, kena naik bukit sikittt pastu dah sampai kat atas bukit tu terus nampak tersergam seram banglo kayangan yang dikatakan milik Mona Fandey tu...nak tahu macam mana rupa?



p/s: amik kd google je
(klik untuk nak tengok besar besar)







Bila sampai je terus kami park moto kat pokok bawah yang hampa semua boleh tengok dalam gambo sebelah pagar rumah tu, lepas tu ada kejadian lawak sikit di mana semua berfikir bahawa pagar rumah ni mesti berkunci, jadi semua berpakat nak panjat je tembok pagar rumah ni, lepas semua dah panjat dan tinggal aku je yang belum panjat, aku malas betul nak panjat jadi aku ke pagar pintu masuk dan aku try tengok bukak....................(scara tiba2 pintu pagar berbunyi bila aku tolak) tengok2 memang tak kunci pon, apalagi semua tepuk dahi laaa....hahahahaha



ni laaa pagar tuu
(google jugak)




penat je diorang panjat sebab agak tinggi la jugak. Kami semua terus masuk dengan hati yang agak kering sebab tergelak tadi, awal2 masuk je dah nampak banyak grafitti, kiranya nampak sangat lah budak2 dah banyak masuk melepak kat sini, jadi tunggu lagi..............





 (google)
 (google)
(google)


Bagi aku la, rumah ni rasanya dh tak berhantu, sebabnya ada je orang datang seperti niat macam kami ni, masa kami tengah geledah rumah ni ada group lain sampai dan buat bising kat luar....
rasa seram tu macam makin kurang je....tengok la, grafitti sana sini.
kami ronda satu rumah, bila sampai ke belakang rumah, ada swimming pool, kalau ada air memang dah terjun.......jap


ni lah rupa swimming pool dia
(dua2 google jugak)


bukan ape, camera kawan aku tu cuma camera fon jeeee, sebab tu lah asyik petik dari google je, lagipun gambo sama je, ok lah
kami jalan2 sekitar swimming pool tu, hanya semak samun je ada, macam dalam hutan dah permukaan dia
lepas geledah kat belakang ni kami nak masuk balik......ternampak lah pintu masuk ke dalam rumah yang agak besar, terpesona kejap, masa keluar tadi tak perasan pon pintu ni

 (google)
(google)


Lawakan pintu ni? tapi bagi sesetengah pembaca mesti cakap biasa je...yelah bagi aku lawa sebab pintu belakang rumah aku bukan macam ni.....hihihihi
tengok tangga dia tu, nampak macam tak siap kan? hurm....sebab tu aku konpius samada rumah ni milik mona fandey or bukan...tapi kebanyakan orang cakap ni lah rumah dia...apa2 jelah

ni bukan geng2 kami taw...tapi ni lah rupa kami 
masa otw ke tangga...hehe
(curik kat google jugak)

ni pon google jugak...tapi memang aku ada perasan 
yang masa ni aku sempat mendongak kepala 
tengok atas...ini la yang aku nampak




Kami nak naik ke atas pulak...jadi kena lah naik tangga, bila sampai je kat tangga, 
fuhhhhhhhhhhhhh, tangganya lawa bukan main, pinggangnya ramping...hahaha
jom tengok



 lawa kan tangga? bawah tangga tu ada kolam
(google)



eh eh eh...sebenarnya aku dah lupa samada grafiti tu tingkat dua or entrance...entah lah,
sory kalau salah, pastu kami pergi masuk setiap bilik dan bilik air, bilik dia agak luas dan bilik air dia setiap satu ada "bath tub" (kecuali bilik orang gaji)
fuhhhh...kalau lah rumah ni betul2 siap, agak2 mesti best. Kami jalan2 sampai ke parking kereta tingkat atas dan siap lepak lagi, bayangkan parking kereta kat tingkat dua...ni ha gambarnya






ok...berkenaan dengan gambar ni, aku dah bulatkan tu, aku pelik sebab waktu ni aku dah check sendiri, takda pon bnda kat tengah tu, tapi bayangan macam pokok, tapi pokok boleh plak kangkang macam orang, apa2 pon wallahualam...aku tak berani kata apa2



ok lah, masa tengah lepak tu, kawan aku ada bawak laser yang warna hijau tu, suluhhh la merata tempat sambil lepak2 kat luar, kawan aku sorang mulut tah apa2, tapi tak ada apa2 pon yang berlaku...hurm...pelik lah...mungkin benda tu sendiri dah bosan kot sebab dah ramai yang masuk rumah ni, masa kami tengah lepak ni ada jugak orang yang lalu depan rumah ni, kiranya sape yang lalu nampak kami lah, diorang tengok kami, kami tengok diorang balik, ada sekali buat2 macam pelik2 sikit, sembunyi lah, sampaikan ada geng ni yang macam agak kelam kabut sikit bila tengok kami...hahaha
lepas tu bila dah bosan melepak, kami semua bercadang nak undi siapa akan turun dulu secara berseorangan..tapi macam bahaya pon ada kalau2 benda tu kacau ke..merasuk, habis laaaa
last2 kami bercadang turun secara berdua dan terus tunggu kat luar pagar.
lepas cabut undi tu group pertama turun dan selamat sampai ke luar pagar...aku group kedua dan terus lah, sebelum tu tak kan turun je, alang2 jalan2 kejap kat dalam ni, macam biasa pergi bilik ke bilik...sikit pon tak ada benda yang menyeramkan cuma gelap je, ada bumbung dah bocor, saje suluh tengok2 ada pape ke...
tengok2 tak ada pape lansung...ok bila sampai kat tangga tu agak cantik jugak bila tengok, cuma tangga dia bahaya sikit sebab tak ada tempat pegang, kang jatuh den tak tahu~

cantik kan?
(google)


waktu aku tunggu group yang last turun, membe aku bercadang nak sembunyi bawah tangga ni then nk "chaaaaaa!!!!!!!!!"
masa tunggu tu semua duduk kat tempat masing2, 

dia dah nak turun dah tu....tunggu....tunggu....tunggu.........



"CHHIAAAAAAAA!!!!!!!!!!!"


apa lagi melompat lah kawan aku tu, dia daripada tak pernah melatah tiba2 melatah pulak, dah tu sebut "haizettt"
apekebenda lah dia sebut, sampai sekarang lah kami ejek dia dengan nama tu...hahahaha
ok lah...aku dah tak ada apa2 lagi nak cerita

nantikan episod akan datang iaitu 

"banglo usang sebelah tapak runtuhan highland tower dan jirat cina"



Assalamualaikum...terima kasih sebab baca cerita aku yang tak menarik ni =D

Wednesday, November 2, 2011

Bukit Antarabangsa dan Gunung Nuang

Ketika sedang leka melepak di kedai mamak area Wangsa Maju, aku tanpa sengaja terfikir tentang Bukit Antarabangsa yang selalu bermain di mulut para teksi di Kuala Lumpur, Dengar ceritanya, kalau penumpang meminta pemandu teksi hantar ke Bukit Antarabangsa lebih daripada pukul 12 tengah malam, pemandu tidak mahu menerima penumpang itu atas alasan "tak nak lah dik...kang x pasal2 ada penumpang lain pulak masa abang nak patah balik nanti". Jadi aku pun "weihh...jom kita try pergi Bukit Antarabangsa...aku dengar cerita bla bla bla bla" sambil minum teh tarik, kitorang pon balik rumah sewa kejap yang terletak di Taman Permata, Kami bertolak pada pukul 1.30 pagi seramai 8 orang 4 bijik motosikal, kami ikut jalan MRR2 sebab belakang rumah je, sampai je selekoh nak masuk ke Bukit tersebut.......terpampang jalan naik ke atas yang tak seberapa panjang dan sunyi dan terussss kami masuk, aku sebenarnya tak tahu mana lokasi yang dikatakan selalu perempuan cantik tahan teksi, kami terus sahaja sampai lah terjumpa deretan rumah banglo terbengkalai. Aku ajak mereka masuk dan sebaik sahaja turun moto, aku macam ternampak ada satu cahaya di bahagian bawah (rumah tepi bukit), jadi aku pun terus memekriksa tetapi cahaya tu dah hilang, mungkin laaa kereta dekat bawah kot.

 aku yang pakai helmet tu


sory lah sebab gambar tak seberapa, yelah iphone je pun, next time aku nak try pinjam camera abang aku. Masa geledah dalam rumah ni, tak ada apa2 pun sebab dalam bersih sedikit dan ruang pon agak kecil sebab tangga ke tingkat atas tak ada dan ada tangga ke tingkat bawah, malas nak turun sebab ramai yang tak nak.

"kecewa betol la...tak ada apa2 yang menarik" bleter si Qamaruz

tanpa berlengah masa, kami teruskan pengembaraan ke hutan Lipur Ampang yang berhampiran.......
kecewa jugak sebab tak seram lansung, jadi kami teruskan naik ke bukit Ampang iaitu tempat yang popular ramaja-ramaja  melepak sambil melihat permandangan indah Kuala Lumpur. Kami naik sampai ke atas dan terus ke lokasi seterusnya iaitu Gunung Nuang.



Aku sebenarnya nak ke tempat rekriasi Gunung Nuang yang telah disiasat oleh Kru 666, tapi tak tahu jalan jadi kami teruskan sahaja sehingga terjumpa kolam air panas. Kami singgah sambil rendam kaki dalam air panas kejap, yelah sejuk sangat sebab kiri kanan hutan je, mestilah sejuk.


Lepas tu kami teruskan perjalanan dan secara tiba-tiba kami semua macam terdiam sebab masa tengah leka bawak moto, dari jauhhhh nampak ada macam satu pondok kelihatan dan dikelilingi oleh kubur-kubur Islam........rupa-rupanya pedalaman macam ni ada kubur, memang terletak jauh dari kawasan penduduk, tapi kami hanya sekadar lalu dan sambil memberi salam "Asalamualaikum wahai ahli-ahli kubur" dan tidak lupa juga sedekah kan al-Fatihah.

Lepas sahaja daripada kubur, laluan kenderaan semakin sempit ibarat hanya satu laluan untuk kereta sahaja dan kiri kanan adalah hutan tebal. Apa yang aku fikir adalah kalau ada binatang buas seperti harimau,babi hutan dan apa2 sahaja.....apa akan terjadi, tak pula aku fikir pasal hantu sebab niat kami hanya nak mencari hantu, jadi kami terus sahaja perjalanan dan akhirnya kami ternampak ada cahaya dan bangunan macam milik Tenaga Nasional jer.

"tak nak try tanya pak guard tu ke kalau2 ada pernah kena kacau or nak tanya tempat misteri"

semuanya diam dan terus berpatah balik sampai ke tanah perkuburan yang kami lalui tadi dan berhenti di bawah pokok buluh sebab selalunya benda2 halus ni ada pada pokok buluh.





Sory lah sebab gambar tak best lansung, memang tak best, kalau nak kutuk....kutuk lah, sebab masa ni tak bersedia lansung, gambar kubur pun tak berapa nampak jadi malas lah nak upload. Nanti lah aku pinjam camera abang aku tu




nantikan blog yang sterusnya "Rumah yang dikatakan milik Mona Fandey, Banglo Usang disebelah Highland Towers dan Jirat Cina Sungai Besi"

semua tajuk yang akan datang ni dah pergi tapi tuan punya iphone ni tak bagi lagi gambarnya...


Sekarang 2/11/2011...khamis nie kami bercadang nak pergi ke bukit tunku iaitu Rumah yang dikatakan milik Botak Chin...InsyaAllah...
niat kami hanya nak merasai suasana seram, bukannya nak memburu hantu dan kami tak ada ilmu yang cukup dan aku tahu segala semua risiko kalau kena rasuk, benda ni ikut balik, bermimpi akan bertemu di tempat kejadian dan segala-galanya...tapi Ustaz cakap, benda ni boleh baca niat kita, benda ni akan kacau kalau niat kita hanya nak membuat kacau di tempatnya atau nak merosakkan tempatnya, dan benda ni jugak akan kacau orang yang berniat mencabar dirinya muncul (kawan aku dah kena).........

jadi apa2 pon aku dah tahu apa risiko....
kawan2 aku banyak dah nasihat supaya jangan pergi...tapi ini adalah salah satu hobi aku, maaf lah kawan kalau aku tak makan nasihat dan aku akan cuba mengelak daripada terjadi benda yang tidak diingini, dan aku juga bukannya berani, memang aku penakut, kalau ternampak dari jauh aku akan lari...serius!!!